Assalammualikum...lamanya tuan rumah nie menyepikan..dah basi bubur cha cha kat bwh tu..oklah x moh ckp byk..ari isnin byk keje kat office. Kek nie ptg semlm saya buat utk minum ptg merangkap pagi nie nak bawak gi office..dah lama perap resepi CMG nie..suka tau tgk CMG kalau post kek dia..cantik jer..sepatutnya kek nie kena bakar dlm acuan loaf..memandangkan saya x ada saya gunalah acuan apa yg ada (kena carik lepas nie)...kek nie mmg sedapp... lembut sungguh..suka sgt...CMG izinkan saya letak resepi nie disini ye..tq
Resepi Asal : CMG
BAHAN-BAHANNYA
125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair) (pakai susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) (ganti badam cincang)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
- Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
- Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.
sedapnyer kek.... meh tuko ngan kuih serimuka aku nak??
BalasPadamhe3...mari2 kita tukar..
PadamAs'salam Ina ok akk ingat nak cuba juga ...cantik sweet je warnanya
BalasPadamW'salam kak..mari kita tukar dgn kek Coklat chip..nampak sedap tu..
Padam