Isnin, 19 Mac 2012

Kek Chiffon Pandan


Salam utk semua..kembali bersua di hari isnin..semalam merajinkan diri buat kek chiffon kegemaran saya..rasanya dah lama x buat..suka dgn kek chiffon perisa pandan nie kalau makan 1 keping mmg x terasa..sedap tau...kalau buat mesti guna resepi Kak Rin sbb dah jatuh chenta dgn resepi nie..tapi resepi nie saya copy dari rumah Hana..Thanks kpd kedua2nya..


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia /  Kak Rin / Hana

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
  • 150gm tepung kek
  • 1 camca teh baking powder
Bahan B
  • 4 biji kuning telur saiz A
  • 70gm gula castor (50 gm)
  • 1/4 camca teh garam halus
Bahan C
  • 85ml corn oil, Rinn guna canola oil (Minyak Jagung Daisy)
  • 115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air- hana cume air+pandan paste je dan tmbh santan sket  (ikut Kak Rin)
Bahan D
  • 4 biji putih telur saiz A
  • 70gm gula castor  (50 gm)
  • 1/2 camca teh cream of tartar
Cara-cara
  • Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
  • Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
  • Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
  • Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
  • Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
  • Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
  • Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
  • Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.






6 ulasan:

  1. salam mmg npk sunguh cantik menarik the boom..caya lah ina akk dah tegoda ni....

    BalasPadam
  2. Kak Shiela..tergoda ye...hari nie buat..mesti x nyesal..sedappp tau..

    BalasPadam
  3. Salam ina...kmaz dh puas cuba tngalkan jejak sblum2 ni...stiap kli nk publish...ruangan utk taip tulisan tu xprnah kluar hbis...hri ni bru bleh...cntik skli cpon kek ina tu...kmaz pun dh lama xmencpon...dedulu kerap jgk buat...mksih ye ina sdi try rspi pau yg sbrapa tu...smga kena dgn slera ina sklrga..

    BalasPadam
  4. W'salam Kak Maz...alamak ada masalah kot kat blog saya nie ke..nnt saya check..tq kak maz sudi singgah sini..saya nak ucap terima kasih pasal resepi pau tu..maaf main ambik tanpa minta kebenaran..pau tu mmg sedap..tq sekali lagi

    BalasPadam
  5. assalam, cantik tgk kek chiffon ni..sedapnya..:)

    BalasPadam
  6. W'salam Kak Nieza...cantik..terima kasih..he3..terima kasih sudi singgah disini ye.

    BalasPadam