Isnin, 14 Mei 2012

Cranberry Pound Cake




Assalammualaikum...
Terima Kasih pada yg sudi berkunjung disini w/pon tuan rumah dah lama x update blog..bulan April & May nie bulan yg sungguh bz..sbb nak audit account..byk betul nak kena check hingga x sempat nak update blog.. kat rumah pulak..bila malam..line..tenat sungguh..menci pulak nak bukak, so ari nie ada masa sikit bolehlah update..

Oklah x tau apa nak cakap lagi kat sini..
kek nie saya buat sbb nak perabiskan stock cranberry kering yg saya beli masa buat chiffon dulu..masa CMG post teringat kat esbok ada buah nie jadi semalam baru terlaksana..kek yg sungguh sedap dari CMG..mmg marbeles x rugi mencuba.
Thanks CMG..saya panjang2 kan kat sini pula ye.



Cranberry Pound Cake
Sumber : CMG

BAHAN - BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti (mat guna Anchor) (ina guna SCS)
220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
100 ml susu segar
140 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
50 gram cranberry kering
Sedikit badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 3.5inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Gaul cranberry dengan tepung hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, masukkan butter vanilla dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cranberry berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur badam cincang atasnya. Bakar 45 - 50 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih ditengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk dan sambung bakar untuk 5-6 minit lagi. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan..




CATATAN MAT GEBU :- Jika anda takde tepung naik sendiri atau self-raising flour, boleh guna tepung gandum, sukatan sama macam dalam resipi dan tambah 1 camca teh penuh baking powder, gaul rata dan ayak 3 kali sebelum guna, kemudian gaul rata dengan cranberry....Selamat mencuba!.

4 ulasan:

  1. salam Inaa...waaa...sedap sungguh kek tu...ina mmg pakar buat kek gebu kan...heheh...

    meh sepotong...tingin, tp malas nk buat !! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam CK...mmg sedap kek nie..alahai mana pakarnya..biasa jer..hihihi..marilah ada lagi nie..dengar x sihat ye..byk2 berehat ye..

      Padam
  2. Waw...nampak gebus keknya..suke la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah Rahel..kek nie mmg gebus..hihihi..

      Padam