Isnin, 18 Jun 2012

Rendang Sotong




Salam utk semua...

Masak Rendang Sotong nie utk lunch semalam..
dah x tau nak masak apa sotong nie..masa jln2 umah kak Ayu
berkenan pulak dgn rendang sotong dia..mmg kecur air liur dibuatnya..
so apa lagi terus zasss..mmg sedapp Rendang Sotong nie ye..
kalau ganti dgn kerang rasanya pon ok gakkan..

Resepi nie ina copy dari blog Kak Ayu S'pore..Thanks.




Jgn gelak ye..tgk cili tu ku potong gitu..hihihi..



Rendang Sotong

Sources:-From CMG@tiffinbiru
Sources:-From Ady@Adys Greatworlds
BAHAH-BAHANNYA :-)

1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)-(Ayu pun gunakan sotong 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus (ina siat2 jer)
3 helai daun limau purut  (nie pon ina siat2 jer)
2 keping asam gelugor (ina letak - 1/2 keping jer)
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari (next time nak kurangkan skit)
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)-(Ayu ikut pertua cida kat bawah ni supaya sotong tak kecut) (ina pun ikut kak Ayu)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...
Lepas cuci bersih buang semua yg patut2..rendam sotong dalam air berisi cuka...
kalau dlm 5-6 ekor sotong letak air sekadar timbus sotong, masukkan 3 sudu besar cuka
biar la dlm 10 mnt
masa rendam tu leh la sambil2 wat rencah utk rendang nikan..
pastu toskan n bilas dgn air biasa...
so, pas masak, sotong tu x de la mengecut..


4 ulasan:

  1. salam sdp nya lama x beli sotong nnt leh le try resepi ni pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam kak shiela...mmg sedap kak..sekilo tu saya gan suami sekali hadap jer..hehehe..saya suka ratah2 jer..(cover line)..

      Padam
  2. sedapnye...mkn dgn nsi panas...pasti btambh mkan ni..xpyh lauk lain dh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap QH..ikutkan nak tambah nasi..tapi kena control skit..hehehe...

      Padam