Assalamualaikum..Selamat Pagi...
Kuih keria..suka sangat dengan kuih nie..kalau beli susah nak jumpa yang terasa keledeknya..
Jadi ku rajinkan diri untuk buat kuih nie..hihihi..taklah susah mana buatnya..hehehee..
Kuih Keria
Bahan – bahan :
. 500 gm keledek Oren (kupas
kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)
. 1 cawan tepung gandum
. 1/2 s/k garam
Cara – cara :
1 Ubi
keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.
2 Masukkan
tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan
3 Taburkan
tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat
hingga habis.
4 Panaskan
minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.
Bahan sira :
. 5 – 6 sudu besar gula pasir
. 1/4 cawan air
Cara – cara :
1 Masukkan
ke dalam kuali yang bersih. Didihkan bahan sira dengan menggunakan api
sederhana.
2 Apabila
air gula berbuih pekat, (kalau berani..pegang skit air gula tu. kalau dah lekit
cam
gam..ok ler tu) perlahankan
api dan masukkan kuih.
3 Gaul
rata, Apabila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul
hingga
gula menjadi sira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan