Isnin, 27 Mei 2013

Kek Buah Kukus


Assalamualaikum...

dah ramai blogger buat kek nie..kali nie singgah kat dapur ina pula..
w/pon bukan peminat tegar kek buah..sesekali buat xpe kan..

 Pestime kukus kek 4 jam..nasib berbaloi..kek nie mmg sedap.
tapi buah ina letak x byk jadi nampak jarang2..
kek nie dah ada permintaan tuk Hari Raya..jadi next time buat letak byk skit.



mmg cantik naiknya kek nie..actually ina xde cream of tartar..
jadi ina ganti dgn baking powder..hihi..jgn mare tuan punya resepi..

Resepi copy dari blog Hana..tq dear..



RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey
Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran  (ina letak 250gm jer)
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar* (non stok..ganti baking powder)
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat*  (ina letak 1 s/k jer)
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok (Ina pon x letak)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik
  • 1 sudu kecil esen vanila
nampak agak padat kek nie..tapi tak keras..

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong)




12 ulasan:

  1. salam ina..
    mmg demam kek buah skrg ni kan.. akak pun tergoda juga gara2 ramai sgt yg post resepi kek buah & akhirnya buat juga baru2 ni.. tunggu Q nak pos ke blog.. hehe.. mmg cantik naik keknya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Kak..
      tu ler..demam kek buah skrg nie..cepat skit kak x sabar nak tgk air tangan akak buat kek buah nie..mesti lagi cantik..

      Padam
  2. Salam, mmg cantik kek yg ina buat ni..tulahhh nak mkn kena sikit..berulang2 kiranye heee...lg lama lg sdp...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..tq kak shiela..kek buah saya nie x sampai 2 ari dah abis kak..hehehe..

      Padam
  3. ingat pagi tadi nk buat.. tp mood tak brapa nk ada.. adoiii...tingin nyer

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...iya betul tu...Masa Sue cuba kek ni, itulah 1st time kukus kek sampai hampir 4jam...Tapi hasilnya memang berbaloiiiiii...Sedap...rasa macam nak buat lagi sekali...

    BalasPadam
  5. W'salam Sue...mmg x sangka resepi kek buah nie sedap..ina pon kalau ada kerajinnan nak buat lagi..

    BalasPadam
  6. Salam...singgah sini tengok kek fav akak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Kak Yan..tq sudi singgah sini..nak jamu kek buah ..dah lama abis..hihiii

      Padam
  7. assalamualaikum kak ina..salam kenalan dr zila ..cantiknye kek buah akak tu..sedap ni kan..simpan lama moist lg kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Zila...sama2 kita... tq..kira ok jer tu..pestime buat..x sempat simpan..2 hari dah abis..hihiii

      Padam