kek zebra..belangnya tak seberapa dan rendah jer kek ni..he3..gara2 salah guna loyang..
terpakai loyang besar..hihihi..
actually..nama kek nie kek zebra jer..tapi ina gatai letak coklat chip
masa ambil barang nak baking kek nie, terpandang coklat chip satu bekas kecil,
tak berusik langsung..tu pakai tabur jer kat atas kek nie..
dah lama nampak kat blog Kak Am..akak Am buat lagi gebus ..jeles sih..hihiii..
oklah..cam biasa..copy dari blog Kak Am..tq Kak..moga murah rezeki ye..
KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery (Copy dari : Maklang Azie)
Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur) - kita guna 5 biji
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek - akak guna tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis - akak guna 3sb susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang - Tak letak (ina letak)
coklat chip secukupnya - nie ina tambah
coklat chip secukupnya - nie ina tambah
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C.
Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit. (akak letak 150°c selama 45 minit)
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.
Salam ina menarik lah bekenan akk..cantik ape belang tu...nak pulak ina tambaj fgn coklat chip ..nnt boleh akk cuba
BalasPadamW,SALAM..tq kak..betui..letak coklat chip lagi sedap rupanya..cuba tau..akak skrgkan dah pandai buat kek..hehe..
Padamcantik plak belang si kuda tu.. meh sepotong.. lama dah tak makan kek
BalasPadamCk..dah tinggal bekas jer..
Padamterima kasih kongsi resepi ini. saya nak cuba juga nanti
BalasPadam