Iklan

Ahad, 26 Ogos 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri (Kak Madihaa)





Bertemu lagi di ptg ahad..ari ni ada kerajinan skit utk update blog..

Kalau masak lauk asam pedas mmg. layan makan nie..lebih2 dgn nasi panas2..lauk nie jer dah cukup buat saya makan bertambah2..oopppps..kena control.. lepas raya nie berat mmg naik..hehehe..

Saya mmg suka cuba perbagai resepi yg ada kat internet nie..nak cari satu kelainan..asyik masak asam pedas resepi campak2 jer..kali nie cuba resepi kak madihaa pulak..saya copy kat sini ye..tq kak madihaa..



Asam Pedas Ikan Tenggiri by MaDiHaA
Sumber : Kak Madihaa

Bahan2
3 ~ 4 keping ikan tenggiri ~ bersihkan (ku punya ikan besar sangat.. so suruh org pasar kerat dua bg setiap keping)
secekak daun kesum (ganti bunga kantan)
10 biji bendi ~ cuci bersih & tos JANGAN KERAT LAGI supaya tak berlendir!
2 batang serai ~ diketuk
4 cawan air atau secukupnya (agak2 je tu.. lupa nak sukat.. pekat cair ikut suka masing2)
garam secukup rasa
perasa jika suka  (ganti kiub ikan bilis)
1 sudu kecil gula  (x letak)
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan air ambil jusnya
1 ½ senduk sedang minyak masak


Bahan2 diKisar Halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci halia
2 hirisan lengkuas
6 sudu besar cili kisar/ 20 biji cili kering ~ direbus hingga lembut
1 inci belacan (1" x 1")

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan2 kisar & serai sehingga wangi & terbit minyak.  Masukkan air, air asam jawa & biar hingga mendidih.
2. Masukkan ikan, garam, perasa serta gula & masak sekejap. Kemudian masukkan daun kesum.  Masa ni barulah kerat pangkal kacang bendi dan terus masukkan ke dalam kuah & renih sehingga nampak bendi lembut. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidang. 


4 ulasan:

  1. Salam..
    cantek nampak kuah asam pedas itu...menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Rahel..Selamat Hari Raya...

      asam pedas kalau kuahnya merah mmg mengancam..hihihi..

      Padam
  2. Salam Aidilfitri buat Ina...

    haha... asam pedas sempoi aje tu... mekasih mencuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri Kak Madihaa..

      sempoi2 pon sedap tu..bertambah2 saya dan en. suami makan...hehehe..

      Padam