Isnin, 27 Mei 2013

Kek Buah Kukus


Assalamualaikum...

dah ramai blogger buat kek nie..kali nie singgah kat dapur ina pula..
w/pon bukan peminat tegar kek buah..sesekali buat xpe kan..

 Pestime kukus kek 4 jam..nasib berbaloi..kek nie mmg sedap.
tapi buah ina letak x byk jadi nampak jarang2..
kek nie dah ada permintaan tuk Hari Raya..jadi next time buat letak byk skit.



mmg cantik naiknya kek nie..actually ina xde cream of tartar..
jadi ina ganti dgn baking powder..hihi..jgn mare tuan punya resepi..

Resepi copy dari blog Hana..tq dear..



RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey
Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran  (ina letak 250gm jer)
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar* (non stok..ganti baking powder)
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat*  (ina letak 1 s/k jer)
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok (Ina pon x letak)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik
  • 1 sudu kecil esen vanila
nampak agak padat kek nie..tapi tak keras..

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong)




Ahad, 26 Mei 2013

Bahulu Cupcake



Assalamualaikum...

teringin betul nak makan kuih bahulu..nak ke Jaya Jusco Mid Valey (kuih bahulu kat sini mmg sedap)
malass lah pulak..xkan pergi sana semata2 nak beli kuih bahulu kan..
kalau dah jln2 kesana ada jer benda nak dibeli..

cari kat pakcik google jumpa pulak resipi nie..
lagi pon kita xde acuan kuih bahulu, cantik ler tu..

Jom tgk resipi..copy dari MyR..


Resepi : Bahulu Cawan @ Cupcake  

sumber : Amir Mus (MyR)

Bahan-bahan ( 24 biji )

  • 5 biji telur gred A
  • 150g gula halus
  • 170g tepung gandum/kek/superfine
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar butter cair/minyak jagung
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis  (ina x letak)
  • 1 sudu teh esen vanilla (ina ganti dgn esen ros)

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula dgn kelajuan tinggi selama 10-15 minit sehingga kembang.
  3. Ayak campuran tepung td kedalam adunan sedikit demi sedikit sambil di kaup balik perlahan-lahan..
  4. Akhir sekali masukkan butter cair/minyak jagung, kaup balik hingga sebati.
  5. Masukkan adunan kedalam muffin pan yg telah dialas dengan papercup.
  6. Bakar sehingga masak pada suhu 170~180'C selama 15~20 minit.




suka2 jer letak kismis..sedapp..

   

<__________>


Selasa, 7 Mei 2013

Kek Zebra Coklat Chip

kek zebra..belangnya tak seberapa dan rendah jer kek ni..he3..gara2 salah guna loyang..
terpakai loyang besar..hihihi..

actually..nama kek nie kek zebra jer..tapi ina gatai letak coklat chip
masa ambil barang nak baking kek nie, terpandang coklat chip satu bekas kecil, 
tak berusik langsung..tu pakai tabur jer kat atas kek nie..
dah lama nampak kat blog Kak Am..akak Am buat lagi gebus ..jeles sih..hihiii..

oklah..cam biasa..copy dari blog Kak Am..tq Kak..moga murah rezeki ye..




KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery (Copy dari : Maklang Azie)

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur) - kita guna 5 biji
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek  - akak guna tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis - akak guna 3sb susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang - Tak letak (ina letak)
coklat chip secukupnya - nie ina tambah

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. 
    Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit. (akak letak 150°c selama 45 minit)
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.