Iklan

Khamis, 22 November 2012

Mee Rebus Trg, Style (Kak Nor)









Dinner kami malam nie..
Mee Rebus Trg. Style resepi dari Kak Nor..
gara2 tergoda tgk. kak Madiha tayang tu ari..mmg suka sgt makan mee style gini..
lebih2 kalau hirup kuahnya yg suam2 kuku..marbeles..

saya masak apa yg ada dlm esbok jer..yg penting rasa.. ok..




MEE REBUS Trg Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Sumber : Kak Madiha
Bahan2:
1 bungkus mee kuning
200gm daging/isi ayam  (Ina guna ayam)
5 bj bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk (pakai yg serbuk jer)
2 liter air
Bebola ikan/sotong
2 - 3 bj telur
Lobak merah
Sawi/kobis secukupnya
2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
1 biji cili merah ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun saderi ~ dihiris
Minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris.
Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan.
Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit).
Angkat dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.









SAMBAL KICAP CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah atau 9 biji padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
secubit gula

Cara:
Hiris cili merah atau cili padi.
Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.




6 ulasan:

  1. wah sedapnya...jadi lapo balik tau bile tgk mee rebus ni memalam..hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap QH..lebih2 tang kuahnya tu yg paling ina suka..hirup sampai ketitisan terakhir..hehehe

      Padam
  2. samalah ngan akak kalau dah tergoda & bahan2 kat rumah pulak kira ok... terus jelah ON! takleh tunggu2 dah.. hehe.. anak2 akak yg suka sgt menu mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah kak..saya pon suka sgt. mee yg berkuah camnie..

      Padam
  3. best ni time panas2 dpt pekena mee rebus gini semangkuk dua.. hehe.. mekasih ina sudi mencuba ya.. resipi sempoi jer tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Kak Nor gan resepi yg marbeles nie...

      Padam