Iklan

Jumaat, 28 Disember 2012

Muffin Cheese Blueberry

Assalamualaikum..

<____________>


MUFFIN CHEESE BLUEBERRY
by: Izah

Bahan: (mendapat 18 biji size S)

50 gm mentega
1/4 cwn gula kastor *kurangkan jika menggunakan inti manis
125 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 sk essence vanilla
1/4 cwn + 2 sb susu segar
1 cwn tepung
1 sk baking powder
1/4 soda bikarbonat
secubit garam

inti: bluberry filling atau apa2 filling kegemaran
atau sedap dimakan kosong





Caranya:
Panaskan oven pada suhu 200 C.
Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
Masukkan pula cream cheese dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan pula telur. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila, putar sebati.
Ayakkan tepung bersama baking powder , soda dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
Pukul adunan, masukkan berselang pula dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
*Masukkan tepung 1/3 dan susu 1/3 kemudian pukul, dan ulang proses hingga habis.
Bila adunan sebati, cedukkan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh dan isikan dengan bluberry filling. Kemudian tutup inti dengan menceduk 3/4 penuh mangkuk muffin.
Bakar muffin di dalam oven pada suhu yang dikurangkan 180 C selama 25 minit atau permukaan muffin kelihatan perang.
Hidangkan dan nikmati kelazatannya.

Nota Izah: disyorkan bagi yang mahu meletakkan inti, mengurangkan kadar gula yang digunakan.

8 ulasan:

  1. salam singgah & kenal2
    nampak mabeless muffin ina ni dan cantik naiknya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 mama...terima kasih..jgn lupa cuba ye..

      Padam
  2. Salam..ada lg ke dah habis...bila boleh dpt rasa ni :-)...terliuq pulak npk mlm2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam kak...dpt skit jer kak..tu yg tinggal utk saya, yg lain..suami saya dah kebas dulu..nak tisu..hehehe..

      Padam
  3. apsal ko tak ngomel2 kat atas tu...tup-tup terus bagi respi jer...sedap ke tak ni? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..x tau nak cakap apa..type2 padam..senang2 buat bentuk camtu jer..hihi..sedap sbb ada inti blueberry..tu yg buat x jemu makan..kalau kosong mungkin cepat muak kot..

      Padam
  4. Salam Ina...
    Kite suka banget mufin cis..lagi2 klu ada blueberi....enak banget.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Rahel...betullah kalau letak jem blueberi..mmg lagi sedap kan..

      Padam