Iklan

Jumaat, 28 Jun 2013

Laksa Kari Ala Cina


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menu berbuka semalam..
nie kali ke2 buat..tgk dalam petisejuk..laksa masih ada berbaki dan elok lagi..sayang pulak nak buang..
jadi ptg semlm..lepas balik kerja terus kletang..klentung kat dapur..
alhamdulilah sempat makan utk berbuka.. 
mmg menepati citarasa ina dan nak buatnya pun senang.
 
ok..resepi nie dari dapur kak shiela..mintak izin copy ye..

KARI LAKSA ALA CINA
@blogsurirumah
sumber : Tun Telani

sumber : Kak Sheila

Bahan A

2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
6 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 cwn santan

Bahan B
1/2 labu bawang besar
1 inch halia
1 btg serai
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - sama mcm tun, 2 sb cili mesin
1/4 cwn udang kering

Bahan C
3 ekor udang
2 sudu makan isi kerang - yg ni takde (ina letak lebih)
3 bj bebola ikan - pun takde

Bahan D
1 inch kulit kayu manis
1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
15 helai daun kari

Bahan F
2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
1 bj telur rebus
2 sb hirisan timun
1 bj tauhu pok (letak lebih)
1 tangkai daun sup (daun bawang jer.hihii)
1 sk bawang goreng (x de stok)

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
Tabur bawang goreng dan daun sup.


2 ulasan:

  1. salam ina pehhh dah dua kali buat...sdp tu letak kerang, tauhu kembang..bila ni nak merasa masakan ina heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam kak...inshaallah..satu hari nnt..hihiii

      Padam