Assalamualaikum..
Marilah
sama – sama kita berdoa agar pesawat MH370 ditemui dengan selamatnya..sedih dan
keliru juga akan kehilangan pesawat MH370 nie..apa – apa pun semua kajadian nie
hanya Allah saje yg Maha Mengetahui..
Oklah..ayam
masam manis masak hari ahad lepas..nie nak kasi perabiskan stock isi
ayam..kalau beli ayam tu bahagian yang banyak isi memang kena
asingkan..penghuni rumah lebih suka makan yg bahagian peha atau kepak jer..
Selalunya
isi ayam, masak buat rencah goreng mee, bihun or Keow teow jer. Hahahaa..nampak
sangat dah lama tak masak semua tu..
Jadi
google ler cari resepi.. jumpa resepi dari fotopage Chef Hanieliza..simple jer
bahannya tu pun ada yang tak cukup bahan..tapi habis jugak.heheee..
Meh
tengok resepi..
AYAM MASAM MANIS
sumber : Chef Hanieliza
Bahan :
500gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
ina guna 2 kpg dada ayam
1
s/k kunyit
1
s/k garam
5
s/b tomato sos
3
s/b cili sos
1
s/k gula
1/2
cawan air
1
biji tomato [potong baji]
sedikit
kacang peas
minyak
untuk goreng ayam
Bahan mayang:
Bahan mayang:
3
ulas bawang merah
3
ulas bawang putih
2
cm halia
3
biji cili merah
3
biji cili hijau
Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]
Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]
2.
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak [jangan garing..nanti ayam keras]
3.
Angkatkan ayam dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan
mayang.
4.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5.
Masukkan air,tomato sos,cili sos,kacang peas,tomato buah dan gula.Biarkan
sehingga mendideh.
6.
Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7.
Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan