Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
fuh..fuh...hembus dan lap2 skit.. dah bersawang blog ku nie..hihhii..
x tau nak citer apa..meh layan gambar kek coklat resepi dari Cida..dap2..
buat masa birthday anak adik...buat tambah2..x abis leh tetamu bawa balik kan..
kalau masak dalam bekas comel2 camnie senangkan..x payah nak potong2 bagai.
credit pada Cida atas resepi yg marbeles nie..
Resepi Kek Coklat Nuanza
sumber : Cida
bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda
(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)
bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih
(satukan semua bahan b )
bahan C:
1 cawan air panas
cara:
masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti
masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)
atau gunakan kertas minyak
bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak
aku guna suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye)
adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana
guna dark coklat..nampak hitam..x pe janji sedap..hihii
Dark Coklat
Susu Cair
Madu
Mentega
Panaskan susu cair secara double boiler, masukkan coklat dan madu, dah cair tutup api dan masukkan mentega kacau hingga mentega larut..Siap.
saje nak selit skit..gambar birthday girl yg diapit oleh sepupu2nya (anak adik ina jugak)