Salam utk semua...kek pisang CK nie dah berapa kali buat..mmg kena dgn citarasa saya..sedap dan gebu jer..CK izinkan ina letak resepi kat sini ye..
Kek Pisang Daisy
Sumber: cendanakasihBahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur
Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)
Inaaa... ada lagi tak kek pisang tu..kita nk datang ni...errr...air takyah bancuh yer..kita bawak air kotak..hehehehe
BalasPadamhehehe..udah abislah..buat buah tangan utk MIL ari Jumaat lepas..MIL siap mintak resepi lagi...
BalasPadamwah ina sampai ke s'ban bau kek
BalasPadam