Iklan

Sabtu, 28 Januari 2012

KEK MARBLE TRIO (CMG)

Bersua kembali...hari ni rajin skit update blog...bila dah start keje agak jarang update maklumlah jarang masak lebih byk makan kat luar dari masak..cuti ni pon masak simple2 jer..2 org makan kan apalah nak masak sgt..oklah..Kek Marble Trio dari CMG nie baru jer masak masih suam2 lagi nie, anak buah x sabar nak makan..ada balance skit nie boleh jugak bagi ibu dorang merasa, buat pon x byk 1/2 adunan jer..rupanya sedap kek nie mmg lembut dan gebu jer..satu-satu masuk mulut..mmg ari nie kelaut diet..hihihi..x pe esok start diet balik.. boleh caya ke? kepada CMG izinkan saya panjang2kan resepi nie kat sini pula ye..

Marble main hentam jer..

sapa yg dah cuba resepi ni mesti setuju dgn kelembutan dan kegebuan kek nie..atas tu saya tabur kepingan badam..menyesal pulak letak skit..next time kalau buat lagi nak letak byk skit atau letak badam cincang tu..sedap tau rasa lagi lemak2.

Sumber : mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :

300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halus @ kastor  
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet (x de)
1 camca teh coklat emulco (ganti coffe)
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua...

2 ulasan:

  1. salam ziarah n kenal... sedapnya kek tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2..mmg sedap kek nie ada masa akak cubalah ye..mesti puas hati.

      Padam