Terima Kasih pada tuan punya resepi tapi saya copy dari rumah Izah
Jemput Makan.tapi jgn mkn byk2 ye..(peringatan utk diri sendiri sebenarnya..hihihi..)
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.
Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.
salam ina hemm sdp kan ada sikit kelayinan pada nasi lebih seakan nasi minyak belemak pulak.....suka mkn sama lauk ayam...
BalasPadamW'salam Kak..saya baru perasan akak pon dah buat..hihihi..mmg sedapkan x rugi cuba..mmg boleh buat lagi nie.
Padam