Iklan

Selasa, 24 Januari 2012

Pudding Soya Bean

Assalammualaikum..meh cuci mata dgn Pudding Soya versi malas dari tuan rumah..lebih cantik kalau dibuat bentuk comel2 kan..x pelah nak makan sendiri...belasah jerlah..Pudding nie mmg sedap dimakan sejuk2..
lebih2 t'hari yg panas, sejuk jer anak tekak..Resepi asal dari Kak Fida (myr) nie ceduk dari rumah Kak Shiela, izin kan saya letak resepi kat sini ye..Terima Kasih..






PUDDING SOYA BEAN
Resepi: Kak Fida Myr
Sumber : Hana / nshafea

Bahan-bahan 
  • 1 ltr air kacang soya (1 kotak - saya guna yg less sugar sbb nak mkn dgn air gula melaka)
  • 2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)
  • Bahan tambahan :-
  • Buah2an dlm tin ikut selera
  • ATAU secukup air gula/melaka
Cara-cara 
  1. Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
  3. Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
  4. Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah.

2 ulasan:

  1. bila tgk resepi ni teringat dah lama simpan dlm list tapi tak terbuat2 lagi.

    mekaseh singgah my kitchen dan join contest akak tu ya ina...

    BalasPadam