Iklan

Jumaat, 2 November 2012

Mee Kuah Berkawah




Assalamualaikum...

apa nak ckp ye..layan jerlah mee kuah berkawah yg saya jumpa kat Myr..
dah x tau nak masak apa..rasa mee nie lebih kurang cam rasa mee bandung jer..
best gak ujan2 nie layan mee camnie...cuma saya lupa nak tambah tepung jagung utk
 memekatkan kuah nie..tu yg nampas cair jer..apa2 pun dah selamat masuk perut..hihihi..


Mee Kuah Berkawah
Resepi : Harlight

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 bungkus mee kuning (celur dengan air panas sekejap dan tos)
  • BAHAN KUAH
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan isi ayam (potong dadu kecil)
  • 12 ekor udang sedang
  • 10 biji cipi api (belah 2)
  • Sawi dan kobis secukupnya
  • 4 biji telur
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • 1 kuib ayam maggi (knorr punya brand tak sedap)
  • HIASAN
  • Daun sup, bawang goreng dan cili potong secukupnya.

Cara-cara

  1. Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, cili api.Kacau sebentar. Masukkan air.Masukkan isi ayam dan kuib ayam.Biarkan mendidih.Masukkan udang. Biarkan seketika.
  2. Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.Masukkan sawi dan kobis.Biarkan seketika.Masukkan pula tomato.Akhir sekali pecahkan telur di dalam nya. Jangan kacau.Biarkan telur masak.Tutupkan api.
  3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong(jika suka)



2 ulasan:

  1. sedapnyer...lama tak makan mee berkuah..asyik goreng jer :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. sori ck..baru perasan..tulah..asyik makan mee goreng jerkan..sampai naik jemu..

      Padam