Iklan

Jumaat, 15 Februari 2013

Nasi Ayam Madu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

masih bercuti lagi...ina isnin baru start kerja..
kalau tahun baru cina baru dapat cuti panjang sikit..
kalau cuti panjang kalau x kemana boring gak..
maklumlah kita cuti panjang en. suami kerja..duk jer lah rumah.
nasiblah rumah mak dekat..boleh ulang alik..

Oklah..buat nasi ayam nie semalam, sbb dah x tau nak masak apa...
yg ada dalam esbok ayam jer..kat kedai ikan semua x menyelerakan..

Nasi ayam nie ada mcm2 versi..ina masak yg senang2 jer lah..
Resepi nie copy dari blog Norzie Hany..resepi dia lebih kurang cam ina masak jer..

Tq Norzie Hany..minta izin copy kat sini yer.


Nasi Ayam Madu

Bahan A
  • 1/2 ekor ayam-potong dan bersihkan
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 bungkus bunjut sup
  • 1 sm halia-tumbuk
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • Air-secukupnya
    -Masak semua bahan A hingga ayam empuk.
    -Keluarkan ayam dan toskan.
    -Keluarkan air rebusan ini untuk masak nasi dan sos cili.



    Bahan B(Untuk Nasi)
    • 4 cawan beras-basuh dan toskan (ina guna beras basmathi)
    • Air rebusan ayam-secukupnya
    • 1cm halia-tumbuk
    • 3 ulas bawang putih-tumbuk
    • 2 sb margerin/butter
    • 1 helai daun pandan
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • Sedikit garam
    -Satukan semua bahan-bahan B ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi biasa.
    -Apabila nasi mendidih kacau rata dan biarkan nasi terus masak seperti biasa. 
    (cara ina : panaskan margerin/butter, tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi..masukkan beras dan goreng sekejap..baru masukkan air rebusan, garam dan sedikit serbuk kunyit dan masak cam biasa.)

    tergelap skit..gara2 leka tgk tv..hehehe..

    Bahan C (Untuk Ayam)
    • Ayam-yang di rebus tadi
    • Sos tiram
    • Madu
    • Kicap masin
    • sedikit garam
    -Sukatannya agak2 sajalah.Gaul semua bahan-bahan C dan perap sekejap.
    -Goreng ayam,jangan terlalu lama sebab ayam tadi telah di rebus.


    Bahan D (Untuk Sos Cili).
    • 8 biji cili merah-*kisar
    • 3 ulas bawang putih-*kisar
    • 1/2 cm halia-*kisar
    • 1 cawan air rebusan ayam
    • Sedikit cuka
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
    • Garam dan gula secukup rasa
    -Satukan semua bahan-bahan D dan masak di atas api sehingga mendidih dan agak pekat. 

    Bahan E (Sos Kicap)
    • 2 sudu besar kicap pekat
    • 5 sudu kicap lemak manis
    • 2 ulas bawang putih-tumbuk
    • 1 senduk kuah sup.
    -Satukan semua bahan E dan kacau rata.






    -Selebih air rebusan ayam ini masukkan garam dan sedikit serbuk perasa untuk di jadikan sup.
    -Angkat dan taburkan bawang goreng dan daun saderi





    Penyediaan hidangan:
    *Hidangkan nasi ayam bersama ayam,sup,sos kicap,sos cili,salad,timun dan buah tomato.


    3 ulasan:

    1. Assalamualaikum hemmm kecur npk nasi aym madu..nape x ajk semlm akk ada rmh hahahha...lain kali buat lg tau ajk geng...:-)

      BalasPadam
      Balasan
      1. w'salam..ingatkan akak cuti lagi..in sha allah..heheheee

        Padam
    2. Assalamualaikum...sedapnya nasi ayam ni...

      BalasPadam