Bertemu lagi..
dah minum petang..ina baru selesai..buat ubi getuk jer..teringin nak makan..
kat kawasan umah ina..susah betul nak jumpa orang jual goreng2 nie..
kena pergi kawasan perumahan tempat lain baru jumpa..
kalau dah duk umah flat..mmg malas nak keluar..
jadi nak tak nak kenalah merajinkan diri kedapur..hehehee..
ina ambil resepi dari dapur Ros Jintan Manis..yg mana resepi asal dari Mas Duniaku...
terima kasih kpd. kedua2nya..tapiii..bancuhan tepungnya ina pakai resepi Hana..
sumber resepi I: Kak Mas Duniaku
sumber resepi II: Kak Izah Muffin Lover
sumber resepi lll: Ros Jintan Manis
Bahan :
2 cawan ubi kayu rebus
1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula *saya tambah beberapa sudu lagi
sedikit garam
Campur semua bahan dan gaul sebati dan rata. Kepalkan bulat bulat kecil.
Bancuhan tepung goreng :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras ( ros letak dlm 3 sudu besar je)
1 sudu teh garam
air
- satukan semua bahan dan kacau hingga sebati
Bancuhkan semua bahan dan kacau sebati. Celup bebola ubi getuk tadi dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing kekuningan. Toskan minyak dan hidangkan.
RESEPI BATTER GORENG PISANG
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 1 biji telur - size kecil
- 1 sk gula
- 1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
- serbuk kunyit @ pewarna kuning
- 1 cawan air
- garam
- keledek atau pisang atau pilihan yang disukai
Cara-cara
- Satukan semua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
- Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
- Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
- Angkat dan toskan. Sedia dihidang.
Assalamualaikum..saya suka makan ubi ni tapi masih belum pernah membuatnya sendiri...
BalasPadamW'salam Sue..saya buat kerana teringin sue..ikutkan nak beli jer..tapi nak keluar tu yg malas..dah ada stock ubi tu yg kena rajin skit.
BalasPadamsalam ina. tengok ubi getuk ni teringat masa lalu terutamanya musim hujan bila nenek bundo selalu buat ubi getuk untuk minum petang.....
BalasPadamw'salam bundo..kalau ujan mmg sedap makan ubi getuk nie..kalau air tangan nnk mmg paling sedapkan..tq bundo sudi singgah blog saya nie.
Padam