Iklan

Khamis, 16 Januari 2014

Cucur Ikan Bilis Air Panas




Assalamualaikum..
morninggg..

Dah sarapan??..hari nie ina sarapan cucur ikan bilis air panas jer..
best makan panas2..sambil goreng..makan..

ina kalau makan cucur x suka cicah gan sos..lebih suka makan camtu..
suka rasa masin2 cucur..tapi kalau cucur udang wajib ler makan gan kuahnya kan..

sedap pulak cucur bilis guna air panas nie..rangup luar lembut didalam.

pestime buat cucur jadi bolat camnie..selalunya bermacam-macam bentuk..hihiii..

dah ramai cuba resepi nie kan..nie ina copy dari blog kak azie
 (suka gi blog akak nie..makanannya sedap2 belaka).


Cucur Ikan Bilis Air Panas
sumber : kak azie

2 cawan tepung gandum (asal 3 cawan)
segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - potong kecil
1 biji lada merah - dihiris (x letak kehabisan stok)
Daun sup/bawang/kucai - hiris (daun sup jer)
2 sudu kecil garam
 (ina letak 1 s/k lebih skit)
1 sudu besar gula (saya tambah)
 (ina ganti gan 1/4 cube pati bilis maggie)
1 sudu kecil serbuk kunyit (saya tambah)
1/4 sudu kecil baking soda (saya tambah) (ina x letak)
1 1/2 cwn air panas mendidih (asal 2 1/2 cawan)

Cara-Cara
Satukan bahan dan buat lubang di tengahnya. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.

Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera. Masa nak bulat bulatkan cucur, taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.

Panaskan minyak dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum ina..kalau dapat buat hidangan menu ptg sedapkan..layan pulak dgn teh o nipis....

    BalasPadam
  2. W'salam..mmg betul kak umie jazz..lebih2 lagi kalau ptg hujan..mmg layan..

    BalasPadam