Iklan

Isnin, 25 Mac 2013

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum...

dlm beg tangan mesti ada stok asam manis..tak tau knp suka sgt makan..
kali nie beli lebih semata-mata nak buat kek kukus asam manis.

ina buat 1/2 adunan jer..tu pun byk jugak dapat..
pagi tadi potong2 masuk dlm bekas suruh en. suami bawa ke tempat kerja


kek yg lembut dan tak muak makan..

Resepi nie ina copy dari dapur kak yatie..tq kak yatie..


Kek Kukus Asam Manis
sumber : Kak Yatie
 
Bahan-Bahan
  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus


Cara- Caranya
  1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
  4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
  6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 
**Aluminium foil tu hendaklah di sapukan mentega di permukaan yg hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Slmt Mencuba.




1 ulasan:

  1. nampak sedap sangat tu ina.. akak pun suka mkn asam manis ni... anak2 akak pun suka.. kdg tu beli nak buat kek.. jadi habuan dorang dulu kalau tak disimpan.. hehe..

    BalasPadam