Iklan

Jumaat, 6 April 2012

Pau Gebu & Lembut

Bertemu lagi...kerana suka makan kuih pau dan nak perabiskan inti kacang merah tu (tu pon byk lagi balance)..kali nie saya mencuba pula resepi Kak Ton (myresepi). Mmg lembut dan gebu seperti yg dikata oleh tuan punya resepi, x caya cer cuba.. he3...buat pau nie last week rasanya..lupa pulak nak masuk ke blog..dah jadi baja, baru nak masuk blog he3.oklah x leh ckp byk lagi, byk pulak keje nak kena settle pagi nie..BYE..


Resepi Asal : myresipi

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...




9 ulasan:

  1. salam ina hemmm ada pau abah akk suka mkn pau tau...tp akk yg x terbuat2 ni...negok pun gebus. cantik putih mulus cam tuannya....boleh lah akk cuba nnt....

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam..he3 kembang jap..cubalah kak mmg lembut dan sedap.

      Padam
  2. Ina, putih mulus pau ko..macam ko gak...hehehe

    BalasPadam
  3. salam kenal dan ziarah disini ina..nampak link blog nie kt dapur kak madiha..
    dah lama x buat pau..nampak pau nie sgt gebu..cnp resepi nie yer..insaalh nk buat nnt..tq:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Zila sudi singgah blog saya yg x seberapa nie..silakan..cubalah mmg gebus..

      Padam
  4. Assalam Ina, memang cantik sungguh pau ni..putih gebus.bubuh bread softener tu memang lembut mcm rotila jadinya tu yer.sini tak ada jual benda tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Kak Nieza..saya pakai tepung pau tu yg buat pau ni putih agaknya..mmg betul pakai bread softener mmg lembut..kalau x de cuba pakai water roux mungkin boleh kot..

      Padam
  5. salam kak ina duduk di area mne ye?

    BalasPadam