Iklan

Sabtu, 28 Januari 2012

NASI LEMAK TUMIS

Salam utk semua..hari ni baru berkesempatan nak cuba nasi yg tgh hot nie... mula2 nampak Kak Yatie, lepas tu Noorsha dan Izah..jam2 tu rasanya nak buat.. pikir2 saya tinggal sorang kat rumah nie KIV lah dulu, semalam anak buah dtg. dan tidur sini apa lagi, nielah juadah sarapan pagi merangkap lunch..mmg ada kelainan nasi lemak nie..Sedap..dah semestinya..dgn keharuman pada bahan tu yg membangkitkan selera.
Terima Kasih pada tuan punya resepi tapi saya copy dari rumah Izah





Jemput Makan.tapi jgn mkn byk2 ye..(peringatan utk diri sendiri sebenarnya..hihihi..)


NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: izah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

2 ulasan:

  1. salam ina hemm sdp kan ada sikit kelayinan pada nasi lebih seakan nasi minyak belemak pulak.....suka mkn sama lauk ayam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Kak..saya baru perasan akak pon dah buat..hihihi..mmg sedapkan x rugi cuba..mmg boleh buat lagi nie.

      Padam