Iklan

Khamis, 15 Mac 2012

PAU 3S


                       Assalammualaikum..
Projet malam tadi..nie first time saya buat pau..he3..rupanya x lah susah buat pau nie ye..w/pon x se cun org lain punya tapi cukup puas atilah dpt makan hasil uli tangan sendiri..lepas nie ada siaran ulangan lagi nie..sbb sedapp sgt..pada kak maz..tq ye atas resepi nie..

Pau 3S

Resepi Asal  :  Kak Maz - ilhamdapur

Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)

  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.






4 ulasan:

  1. umah aku ada pau segera, tanjong malim mari...hahaha.... itupun maleh beno nk kukus... biar dia kejung dalam freezer tu...

    eh, apsal nama dia Pau 3S ek?? apakah 3 bijik utk kak Sheila??

    BalasPadam
    Balasan
    1. CK..yelah mcm nama Kak Sheila lah 3S..he3..

      Padam
  2. Salam ina lawa pau nya gebus cantik putih melepak cam tuanya...cam nak ajee...
    hehheh CK kee ye kot 3S tu suhella sheila sulaiman kot kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam kak..kak shiela buat lagi gebus dan cun..tu yg x leh tahan tgk.
      lepas ni boleh panggil kak Shiela..Kakak 3S.hihihi..

      Padam