Iklan

Isnin, 16 April 2012

Ayam Percik Kelantan



nie lauk lunch semalam..kat rumah hanya ada stok ayam, sotong kembang dan sayur kangkung..jadi saya masak ayam percik kelantan nak cuba kelainan skit..saya bukan org kelantan nampaknya tekak saya boleh terima masak camnie..hubby saya lagilah..makan sampai tinggal tulang..he3..ish.ish..lapar agaknya..pestime makan lauk ayam percik kelantan ni kot..sbb x pernah tgk MIL masak camnie..

selain ayam percik kelantan, saya masak jugak sotong kembang masak sambal (sambal mesti ada) dan kangkung goreng taucho..jadilah utk kami berdua..

Utk resepi ayam dan kuah percik tu saya ada tambah skit bahan moga tuan punya resepi nie x marah ye..Resepi ni saya ambil dari blog Kak Madiha..resepi asal katanya dari Kak Jie Jie.. Terima Kasih kpd kedua2nya.



Resepi : Ayam Percik Kelantan

Sumber : Kak Madiha

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk (pakai kunyit hidup)
Sedikit garam
sedikit gula melaka (sendiri tambah)


Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (MadihaA guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai  ( ina guna 2 btg )
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur ( ina guna 1/2 )
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula
sehiris kunyit hidup (sendiri tambah)

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi - saya lebih suka cicah saje sbb dah biasa makan ikan bakar camtu)

Cara Menyediakan Kuah Percik
 1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew - saya pakai santan segar jadi x ikut cam kak madiha)
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.


8 ulasan:

  1. salam ayam percik manu fv jugak ni mkn sama nasi kerabu pun sodap...maklum le dlm rmh akk ni ada tekak k'tan..heheh :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..uish kak jgn ckp nasi kerabu..kecur air liur nie..he3

      Padam
  2. salam kenalan ina n 4low..sedapnya ayam percik kelantan penah makan skali kat k.trgn, ssh nk jump..leh la cuba lepas nie..resepi k.madiha mmg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan dari saya juga..tq sudi singgah sini ye..resepi kak madiha mmg sedap2 belaka..x rugi mencubanya..I follow..he3

      Padam
  3. Waa...tentu enak sangat ayam percik kelantan ni..gue nak peha ayam tu..bole ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahel lambat sampai dah abis saya makan..he3

      Padam
  4. wahhh sedapnya tgk ayam percik Ina ni..lum pernah buat lagi ayam percik kelantan ni.lapar lak rasa mlmx2 singgah sini..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali makan ayam percik mmg sedap nieza..nak jemput mkn pon dah abis..he3

      Padam