Iklan

Khamis, 12 April 2012

Kari Ayam Tomato

Assalammualaikum....bz sungguh ari nie nak letak entry pon x sempat pagi tadi..skrg baru lega skit..oklah berbalik pada lauk yg saya masak semlm..Kari Ayam Tomato..jika saya masak kari ayam resepi nie yg selalu saya masak..rasanya 2 tahun lepas nampak kat rumah Hana, terus saya cuba dan hasilnya mmg menambat selera saya dan suami..sejujurnya saya mmg x pandai masak kari.. x tau apa yg silapnya puas edit sana sini hasilnya tetap sama..sejak guna resepi ni alhamdulilah..berjaya jugak makan kari kat rumah cik abg pon x de komen apa2 angguk2 jer..he3 sedaplah tu agaknya..oklah meh tgk resepi kalau ada yg nak cuba..

RESEPI KARI AYAM TOMATO                             
Sumber : E-Na Kitchen  / Hana
Resepi asal dr Syamila                        

Bahan-bahan
  • 6 Ketul ayam
  • 2 biji tomato
  • 200ml santan pekat
  • 400ml air
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air) (saya guna 2 s/b rempah kari babas)
  • 1 sk serbuk cili giling (optional)
  • 1 biji kentang (di belah 4)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • sedikit gula
  • garam dan perasa 
  • 1 tangkai daun kari  (saya tambah)




Cara membuatnya :
  1. Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
  3. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
  4. Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
  7. Masukkan ayam dan kacau sekejap.
  8. Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
  9. Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
  10. Perasakan gula dan garam
  11. Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
  12. Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!
TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan