Iklan

Isnin, 21 Mei 2012

Banana Chiffon Cake




Salam utk semua..
Kek chiffon pisang nie ina buat ptg semalam..kek yg sungguh lembut dan sedap..
Kek chiffon nie nak buat tak susah mana pon..yg tak syoknya nak mengasingkan kuning dan putih telur tu..
kdg2 tercampur jugak dgn kuningnya  mungkin telur tu dah x fresh lagi kot..padahal telur tu baru beli..
bila terjadi camtu ina tak buang, ina campur semua, letak ovelete putar sampai kembang..terus jadi kek span..kan tak membazir tu..hihihi..<___>






oklah kek yg sedap nie ina ambik dari dapur Hana..Thanks Hana.

RESEPI BANANA CHIFFON CAKE
resepi asal : eggplant10@hongcurlbaking
Sumber : Hana

Bahan-bahan
Bahan A
  • 20g gula
  • 4 kuning telur
  • 50g minyak sayuran
  • 150g pisang
  • 110g tepung gandum
Bahan B
  • 4 biji putih telur @ (160 gram)
  • 60g gula
  • 1/4 sk krim of tartar
Bahan C - hana tak letak
  • Kismis  ( ina letak Golden Raisin dan kasi marble skit )
  • Tomato (potong nipis)
  • Ceri Hijau Merah - potong kecil


Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160.
  • Pukul kuning telur dan gula hingga gula hancur/larut. Masukkan pula minyak dan pisang yang sudah di lenyek. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, pukul putih telur, gula dan cream of tartar hingga meringue@soft peak.
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam mangkuk kuning telur tadi dan kaup balikkan menggunakan rubber spatula.
  • Tuang adunan ke dalam mangkuk baki putih telur 2/3 tadi dan masukkan skali buah2an campuran. kaup balikkan lagi sebati. Jangan over mix yer..
  • Tuang terus ke dalam loyang chiffon (loyang tak perlu di gris!) dan bakar selama 45min dengan suhu 160.
  • Terbalikkan atas redai sejurus keluar dari oven. Dah sejuk baru sisipkan kek dari loyang. Potong dan hidangkan.

8 ulasan:

  1. tu dia...ratu cipon dah tayang kek dia...hehehe...

    Ina...nk asingkan putih telur dan kuning..senang jer...guna telur dari dalam esbox...sure kuning tak bercampur...kemudian, biarkan putih tu pada suhu bilik...pastu baru la putar sampai meringue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi..ada2 jer CK nie..

      Tq CK bagi tips tu..kdg2 fobia nak asingkan..nnt byklah kek chiffon ina buat..hehehe..

      Padam
  2. Salam kenal Ina....jeles tgk kek ina, gebu je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak..tq kak sudi singgah sini.

      Padam
  3. terpesona tgk kegebuan n kelembuatan kek chifon tu...nmpk sedap sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. kek nie mmg lembut dan sedap kak QH..nnt akak try, mesti akak suka. Tq sudi singgah sini ye.

      Padam
  4. Waw..cantek jer kejadiannya kek chifon pisang ni..suka mkn kek chifon..lembut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahel..you buat kek chiffon lagi cantik2 jeles saya tgk..kek chiffon mmg sedap dan lembut kan. hehee

      Padam