Iklan

Rabu, 2 Mei 2012

Seri Kaya Pandan


Assalammualaikum... masa jalan2 kat blog ros jintanmanis ternampak resepi kaya nie..terus tergoda..tgk bahan semua ada kat dapur apa lagi terus ina buat..mmg sgt2 sedap..hingga menjilat sudu..hehehe..
Thanks Ros,



Resepi  :  Seri Kaya Pandan
sumber :  ros@jintanmanis.com

Bahan -Bahan
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand) (santan kotak 200mml + 150ml jus pandan)
3/4 cawan gla ( 3 suku cawan gula, ros guna cawan minum kopi 180ml tu) (saya letak 1/2 cwn)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh) (x letak)
beberapa titik pewarna hijau

 Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.

Selamat Mencuba.

 note ros - Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )

2 ulasan:

  1. salam Ina...dah boleh buat pau kaya lepas ni...hehehe... weii...telo kat NSK murah2 tu...jom borong, leh buat kaya banyak2...haha

    BalasPadam
  2. W'salam CK..cadang2 pon gitu ler..hehehe..ina beli telur mmg kat NSK..brand Nutri mmg murah size L lak tu.hahaha..borong jgn x borong

    BalasPadam