Iklan

Jumaat, 15 Jun 2012

Agar - Agar Milo Lapis Oreo




Salam Utk Semua...

Bertemu di hari Jumaat yg mulia..
Sebenarnya dessert nie buat utk buka puasa semalam, gara2 tergoda tgk kat rumah Yani..
bila Yani kata sedap..tu yg buat, lagi pon dah lama x buat dan makan puding @ agar-agar..
sekarang nie cuaca panas..rasanya dessert camnie mmg syok layan..




Agar - agar Milo Lapis Oreo ni time sejuk..mmg sedap banget...
x sedar berapa byk masuk mulut ..x caya cer buat..hihihi..
 yg dua bekas tu sila abaikan ye..tu gara2 en. suami..sibuk nak tolong..
dia x mau ada putih nak semuanya milo dan letak biskut tu diatas..
x cantik betul rupanya..x pe janji sedap, katanya..


yg buat lagi sedap agar - agar nie.. sbb ada biskut oreo tu..mmg SEDAP
Saya copy resepi ni dari blog Yani..
Thanks kepada tuan punya resepi AlongRoz..saya panjang2kan disini ye..

oklah..sampai sini dulu..


BYE



Agar-agar Milo Lapis Oreo
By: AlongRoz@HomeKreation
Sumber : Yani
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air  (ina letak 900ml sbb nak puding lembut skit)
  • 160g Gula ( sy hy guna 120g gula shj(ina guna 150gm)
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo (next time boh 1 cwn)
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


CARA2:

  1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan ( lain kali nak tuang 3/4 cwn campuran milo utk nampak seimbang antara lapisan milo atas dan bwh. Campuran milo yg kita panaskan utk elak mengeras tu akan susut sket isipadunya masa proses pemanasan.) . Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:


a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.

Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Peringatan utk diri sendiri  :  next time buat adunan nie kena sukat 3 bahagian..satu biar warna putih dan lagi 2 disatukan baru letak serbuk milo lepas tu tapis.

4 ulasan:

  1. salam megancam nya ada oreo lg di dlm tu, mmg sdp agar2 yg bekoko ni...npk dek sofea sure suruh buat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam..kak shiela mmg sedap agar2 ni..akak mesti cuba..suami saya bwk kat tempat keje..suruh kwn rasa terus kwn dia nak order..hihihi..

      Padam
  2. comeiii n nmpk sedap...jeles tgk bile dh ramai yg mcubanye..kne buat jugak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH..masuk dlm acuan kecik2 camnie senang skit..kalau dlm loyang besar x reti sgt nak potong..hhihi..tgk dah ramai cuba tu yg x tahan..hehehe...harus cuba tau.

      Padam