Iklan

Sabtu, 25 Ogos 2012

Mee Kari



Salam utk semua...
rasanya belum terlambat saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pengunjung blog saya yg suam2 kuku nie...Seronok beraya..saya pulak tahun nie giliran suami..so saya beraya kat Felda Chemomoi Pahang...oklah jugak raya kat sana..

Nie buat Mee Kari utk makan sendiri jer..teringin nak makan..resepi nie cilok dari dapur CMG...sedappp gak..ada jugak bahan yg tak de..jadilah janji ada rasa mee kari..
oklah tak tau nak cakap apa lagi..BYE..



Resepi : Mee Kari (CMG)
Sumber : CMG

BAHAN KUAH :-)
300 g daging @ 1/2 ekor ayam
10 - 15 ekor udang, dibersihkan
250 ml pati santan
1500 ml air
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 batang terung, didadu
1 biji tomato, dibelah 4
1-2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji buah keras*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari daging

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
BAHAN MEE KARI :-)
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan
Taugeh, dicelur sekejap
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
2 keping fish cake, goreng sekejap dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH :- Satukan rempah kari, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum, masukkan bahan2 rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan. Masukkan daging @ ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap. Tuang air dan biarkan mendidih, perlahankan api dan masak hingga daging/ayam lembut. Masukkan lobak. tomato dan udang. Biar mendidih.Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Tambah garam dan gula secukup rasa. Bila mendidih, masukkan terung. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE KARI :- Ambil mee secukupnya dan letak dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan letak bahan lain. Perah limau kasturi sebelum dimakan.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan