Iklan

Isnin, 29 Oktober 2012

Condensed Milk Pound Cake


Assalamualaikum...

Bila dah cuti lama skit nie..nak pergi kerja pun malas..rasa mcm nak tipu boss jer..hihihi..

Oklah x de modal nak cakap apa lagi..ina buat kek nie..nak bagi perabiskan buttercup masa buat biskut raya tu ari..org tamak sekali beli banyak maklumlah time tu buttercup tengah murah..x hengat beli..hubby pon dah bising brg bakery dlm esbok byk..malas nak dengar dia membebel panjang2..kenalah lakukan sesuatu..

kek nie..mmg berbaloilah ..sedap sgt. kalau pakai butter berkualiti lagiii sedappp..kek nie asalnya kosong jer..tapi ina suka suki buat marble..hihihi...biar ada rasa dan x boring nak makan.

oklah meh tgk resepi hasil ina selongkar dapur CMG..Thanks CMG..


Condensed Milk Pound Cake
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna golden churn)
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla
2 s/k Mocha Emulco & Coklat Emulco (ina tambah)




CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
  5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan