Iklan

Isnin, 11 Februari 2013

Kek Butter

Assalamualaikum...

bila cuti panjang nie boring lak duk umah..
apa lagi tangan nie pun gatal2 nak membaking..
jalan2 kat FP kak rinn berkenan gan kek nie...bahan pun simple jer..

sebenarnya nie basic butter kek jer..ina marblekan..
kalau makan camtu rasa cepat muak pulak..


BASIC BUTTER CAKE
Sumber : CHef Alex Goh 
sumber 1: Kak Rinn

BAHAN-BAHAN:
250gm butter
200gm gula castor
5 butir telur gred A
210gm tepung kek
1/2 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

CARA-CARA:
1. Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla, putar rata.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir dan putar terus hingga rata dan gebu.
3. Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama lebihkurang 50minit bergantung kepada oven masing-masing.
6. Sejukkan atas dawai penderai dan potong bila telah sejuk. 



Selamat mencuba dan bercuti..hoyeea



2 ulasan:

  1. salam Ina...laaaaaa...dah buat kek tu, tak reti2 ke nak ajak kengkawan makan sama? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam CK...member jauh sgt.. yg dekat pulak x de umah pulak..hihihi

      Padam