Iklan

Khamis, 21 Mac 2013

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum...

jamu mata gan apam yg dah lama buat nie..mmg suka gan resepi apam dari fp mamafami nie..
sedap dan buat pon mudah..
 
APAM GULA HANGUS
Sumber : Mamafami 

Bahan-bahan :

1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 cawan air

1/2 cawan gula >
1/2 cawan air > untuk membuat gula perang

Kaedah penyediaan :

1. Untuk membuat gula perang : Masukkan 1/2 cwn gula ke dalam periuk tidak lekat dan masak di atas api sederhana hingga gula cair dan berwarna keemasan. Tuangkan 1/2 cawan air ke dalam gula tadi. Berhati-hati! Kacau hingga gula larut sepenuhnya.
2. Ayak tepung, susu tepung dan soda bikarbonat sebanyak 2 kali.
3. Pukul telur dan gula hingga kembang dan ringan.
4. Masukkan gula perang dan tepung berselang-seli, ke dalam bancuhan telur

masukkan 1/4 cwn air.. kacau sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil atau ke dalam loyang yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
6. Kukus selama 20 - 25 minit.
7. Enak dihidangkan bersama kelapa parut yang telah ditabur sedikit garam. (ina makan gitu jer)



4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ina sdp tau kuih ni akk perbah try buat sekali x menjadi bentat...tu yg akk x buat2 lg...dah lah suka mkn kuih ni....ingat nnt nak cuba resepi nilah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam kak..mmg sedap apam nie..mmg resepi nie selalu saya pakai..adunan nie jgn pekat nnt bantat..cubalah kak kot2 jadik ker.

      Padam
  2. Salam...
    kita dah tertawan dengan kegebuan apam gula hangus itew...pos ke Sabah separuh bah...hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam.. Rahel..hahahaa..mmg gebu cam saya gak..segan ler nak antar..Rahel lagi teror dari saya..heheheeeee

      Padam