Iklan

Isnin, 31 Mac 2014

Nasi Tomato


Assalamualaikum…
Seminggu sekali jer dapat update blog..bizi skit, tak pe lah ye janji ada..
Masak nasi tomato untuk lunch semalam, memang tak plan pun nak masak..
Dah tak tau nak masak apa..buka peti ais nampak buah tomato yg agak banyak 
ina beli kat giant (sbb murah)..tambahan lama tak masak dan makan nasi berperisa nie..
Kalo nasi berperisa nie ina suka makan lauk kering2 jer..ayam masak merah (nie mesti) 
tapi buatlah skit kari daging untuk en. suami, dia kalo makan nasi nak berkuah skit..
timun gan daun salad (tah apa namanya) cukup ler..






Resepi ina nie lebih kurang cam CM buat..malas nak karang ayat..
copy paste dari blog CM saje lah ye..Thanks CM

 Nasi Tomato
 Sumber : CM
 Bahan – Bahannya :
 3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
 1 camca besar pes tomato (tomato puree)
 2 camca besar sos tomato
 2 camca besar minyak sapi
 1 biji bawang besar, hiris
 2 ulas bawang putih, dicincang
 1 inci halia, dititik
 1 biji buah tomato – dicincang ,nie ina tambah
 1 helai daun pandan, disimpul
 3 1/2 cawan air
 1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
 Garam secukup rasa
 ½ kuib pati ayam nie ina tambah
 1 batang kayu manis
 5 kuntum bunga cengkih
 3 biji buah pelaga
 1 kuntum bunga lawang

  Bahan Hiasan:-
 Hirisan daun bawang/daun sup
 Bawang goring
 Kismis (tak letak)
 Kacang pis  (tak letak)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan buah tomato cincang goreng sekejap
  2. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
  3. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  4. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak. 

Tiada ulasan:

Catat Komen