Iklan

Isnin, 9 April 2012

Paprik


bertemu lagi..paprik nie masak semalam utk lunch..resepi popular dari Makyong..yg nie mmg lauk kesukaan kita dah masak camnie x de lauk lain pon x pe..makan dgn nasi panas..mmg sedapp..tapi utk hubby kita masak tempe + kentang + ikan bilis goreng belada .tu lauk kesukaan dia lah..lauk yg sgt sempoi camnie bagi kami berdua dah cukup menyelerakan..oklah..meh cek resepi..


Resepi Asal : MyR

Bahan-bahan ( 4 )

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2 (guna 2 ketul isi ayam)
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4 ( x letak..lupa)
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

 lebih byk sayur dari isi ayam..he3..

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




4 ulasan:

  1. Salam Ina, pehh lauk gini mmg best cukup dah tu ada paprik, telur dadah...nasi panas2 pehhhhh ....konyang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Kak Shiela..mmg sedap mkn pon bertambah tambah..he3

      Padam
  2. assalam ina..
    ketinggalan ler akak ni.. tak tau pulak ina ada blog masak2 yg best ni.... paprik feberet akak juga ni.. tp jarang dpt masak sbb mr hubby seteru dengan daun limau purut.. huhu... selalu order je kalau mkn kat luar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Kak Madiha...terima kasih singgah blog saya yg x seberapa nie...yelah kak lauk yg x jemu dimakan..masak paprik nie kalau x de bau daun limau purut x sedap pulak kan..

      Padam