Iklan

Rabu, 28 Ogos 2013

Biskut Dahlia





Assalammualaikum..masih di bulan syawal lagikan..hihiii
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ina ucapkan pada semua sahabat dan pengunjung2 blog..

Sekrg baru terhegeh-hegeh nak update biskut raya..hihiii..
Tahun nie mmg x byk buat biskut raya..kesihatan tak mengizinkan..

Salah satu nya..biskut fav. ina Biskut Dahlia..
Biskut nie mmg wajib ina buat..kalau buat sampai 3 adunan..perghhhh..
sakit jari2ku..hihii

ini kali ina mencuba resepi dari CMG..sedapp dan senang nak tekan..
adunannya mmg lembik skit..jadi jangan coba2 nak tambah tepung nnt. 
masa nak tekan..keluar angin kus2 .hihiii..

oklah..cam biasa copy dari blog CMG.



Biskut Dahlia
sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan