Iklan

Khamis, 29 Ogos 2013

Glacy Corn Flakes @ Cornflakes Madu..


Assalammualaikum..

lagi biskut raya..hihii..
nie fav. suami dan mak ina..kalau buat x leh skit..kena buat 2 kotak
haru nak mengisi dlm papercup..hihiii..

pestime jumpa resepi nie terus jatuh cinta..
nak buatnya senang..tang mengisi dlm papercup tu yg boring..hahahaa.

tak leh ckp byk ye..bz skit..
oklah meh tgk resepi.


Glacy Corn Flakes
sumber : Kotak Cornflakes Nestle

Bahan-bahan

A
6 camca besar madu
65gm mentega atau marjerin
1 camca teh gula kaster
1 camca teh esen vanilla

B
4 cawan Nestle Cornflakes
1 cawan hirisan badam panggang
4 camca besar bijan goring tanpa minyak
2 camca besar cincangan ceri merah
2 camca besar cincangan ceri hijau

Cara Membuatnya

  1. Dalam periuk, cairkan bahan A di atas api yang sederhana hingga hampir pekat.
  2. Masukkan esen dan bahan B; gaul sebati. Masukkan campuran ke dalam cawan kek kertas.
  3. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170ºC selama 15 – 20 minit atau hingga kekuningan.
  4. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan