Iklan

Jumaat, 30 Ogos 2013

Paru Hitam Manis



Assalammualaikum..

Kalau dah tak tau nak masak apa dengan paru..meh cuba resepi nie mmg. sedap.
hasil google nampak kat blog Rabiatun...
rupanya resepi asal dari CK..sedap CK,  suami ina like..hihiii

nie ina copy dari blog Rabiatun..Terima kasih Rabiatun.


Paru Hitam Manis


Tested : Rabiatun

Bahan-bahan
-300gm paru-yang telah direbus dan dipotong kecil (ina goreng dulu)
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia* (semua bahan2 * ditumbuk halus)
-2 sudu besar cili kering kisar
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos cili  (nie ina tambah)
-kicap pekat secukupnya -ikut kehitaman masing2 la
-gula
-garam/perasa
-lobak merah-dipotong baji  (lupa letak..hihiii)
-kacang pea (ina x de stok)
-daun sup & daun bawang
-cili merah/hijau dihiris (cili merah jer)
-bawang merah-dipotong bulat
* Sedikit air asam jawa (Tun tambah)
Cara-cara
1.Tumis bahan2 yang ditumbuk halus ditumis hingga naik bau.
2.Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
3.Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Tambah sedikit air.
4.Masukkan paru. Boleh masuk lobak merah untuk empukkannya
5.Tambah gula, garam dan perasa
6.Biar kuah kering sedikit dan bolehlah masuk kacang pea, cili dan bawang merah yang dipotong bulat.
7.Tutup api dan campak daun sup dan bawang. Siap

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...dinaz sedap nmpk paru ni sedap klu dimakan brsama nas pns...
    jika ader kesudian silalah singgah ke dapur saya...saya follow
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com

    BalasPadam