Iklan

Jumaat, 7 Mac 2014

Ayam Black Pepper






Assalamualaikum..

Lauk dinner malam tadi..atas permintaan en. suami nak makan ayam black pepper katanya..

tak sangka sedap rupanya ayam black pepper nie ye..tapi tu lah terkering pula kuahnya..tapi rasa sangat sedap..ina ratah-ratah jer ayam tu..best..

Resepi ambil dari blog kak sofea..maaf kak saya derhaka skit resepi akak..minta izin copy kat blog saya pula ye..




AYAM BLACK PEPPER
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ goreng ayam 1/2 masak


2 ulas bawang putih


sedikit halia


 2 biji cili padi ~ diketuk


4-5 sb sos lada hitam


1sk kicap Manis ABC (nie ina tambah)
 
air secukupnya 


1 biji cili merah & cili hijau ~ potong memanjang


1/2 labu bwg besar~ potong bulat


sedikit daun sup & daun bawang


garam ~ jika perlu (ina tak letak)



Cara:


1. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.


2. Perlahankan api dan tuangkan sos lada hitam, cili padi dan sedikit air.


3. kacau hingga mendidih , kemudian masukkan ayam .


4. Bila kuah agak pekat , masukkan hirisan cili merah & hijau, bawang besar, daun sup & daun bawang. 


5. siap utk dihidang dgn nasi putih.



1 ulasan: