Iklan

Khamis, 6 Mac 2014

Kuih Keria




Assalamualaikum..Selamat Pagi...

Kuih keria..suka sangat dengan kuih nie..kalau beli susah nak jumpa yang terasa keledeknya..
Jadi ku rajinkan diri untuk buat kuih nie..hihihi..taklah susah mana buatnya..hehehee..




Kuih Keria
Bahan – bahan :
.   500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)
.   1 cawan tepung gandum
.   1/2 s/k garam
Cara – cara :
1   Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama garam. Apabila   
     cukup halus, sejukkan sebentar.
2   Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
     di tangan
3   Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
      saiz masing-masing. Buat hingga habis.
4   Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.


Bahan sira :
.   5 – 6 sudu besar gula pasir
.   1/4 cawan air
Cara – cara :
1   Masukkan ke dalam kuali yang bersih. Didihkan bahan sira dengan menggunakan api
     sederhana.
2   Apabila air gula berbuih pekat, (kalau berani..pegang skit air gula tu. kalau dah lekit cam
     gam..ok ler tu) perlahankan api dan masukkan kuih.
3   Gaul rata, Apabila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul
     hingga gula menjadi sira.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan